Skip to main content

7 Jenis Barang Yang Terjual di Ebay Setiap 10 Saat!



Salam hormat, apa khabar?

Terima kasih kerana sudi follow artikel-artikel saya..

Saya tahu, ada mata-mata yang kurang senang apabila saya berkongsi bisnes ebay ini terutamanya barang apa yang dijual. Di mana saya kongsi secara terbuka kerana ini akan menambah pesaing di ebay oleh seller yang sama.

Tapi prinsip saya mudah. Rezeki ni Allah yang bagi, bukan boss yang bagi, bukan kawan anda yang bagi dan bukan makhluk Allah yang bagi.

Makhluk Allah itu hanyalah perantara sahaja untuk menyampaikan rezeki kepada setiap hambaNYA.

Sama juga seperti bisnes di ebay. Bisnes di ebay ini adalah perantara (platform) sebagai marketplace yang berpotensi untuk mendapatkan rezeki sampingan anda.

Ok berbalik pada topik asal,

Anda tau apa barang yang laris terjual di ebay dalam masa kurang 10 saat ini?

Ini faktanya:


  1. Jam tangan terjual di ebay setiap 3 saat
  2. Smartphone terjual di ebay setiap 4 saat
  3. Baseball card terjual di ebay setiap 4 saat
  4. Dress terjual di ebay setiap 6 saat
  5. Kasut wanita terjual di ebay setiap 6 saat
  6. Home decor terjual di ebay setiap 8 saat
  7. necklace terjual di ebay setiap 10 saat

Anda boleh rujuk gambar di bawah :




Ok mari kita pergi lebih dalam bagaimana nak menjadi salah seorang seller di ebay yang mendapat pendapatan sampingan dari website ebay.

Saya sentuh 1 produk sahaja iaitu Jam tangan yang terjual di ebay setiap 3 saat

Ini adalah antara jam yang mendapat jualan terbanyak di ebay:



Cuba anda kira sikit berapa sale jualan seller ebay ini.

$3.51 x 10273 unit = $36058 = RM159,793.77

Kalau kita ambil 10% sahaja profit dari sales ni dah dapat RM15,979.38. Banyakkan?

Cukuplah untuk buat bayar pampers anak sampai dia umur 20 tahun. hehe..

Berdasarkan data jualan di ebay dalam masa 3 bulan sahaja ( 30 okt 2016 – 27 Jan 2017) jumlah jualan jam tangan di website ebay.com adalah sebanyak$18,103,722.11 = RM80,228,019.84

Dan jumlah jam yang terjual adalah sebanyak 281,417 unit!

80 JUTA++ RINGGIT MALAYSIA TRANSAKSI JUAL JAM DALAM MASA 3 BULAN SHJ




 Banyak tak?

Ok mari kita tengok ada tak dalam RM80 juta ++ jualan tu  termasuk ebay seller dari Malaysia..

Ada tak seller Malaysia yang menyumbang hasil jualan sebanyak RM80 juta ++ tu.

So cuba tengok gambar kat bawah ni:




Hasil dari data yang saya analisis ni terdapat sebanyak 1314 iklan (listing) di ebay.com yang merupakan seller dari Malaysia.

Ramai kan seller Malaysia yang jual jam senyap-senyap tanpa anda sedari?

Nak tau lebih detail lagi siapa dia ni?

Apa jam yang dia jual?

Siapa supplier?

Macam mana nak buat?

Ok saya ceritakan sikit macam mana prosesnya..

Ni haa antaranya..



Seller ni jual jam custom made, atau dalam erti kata lain orang panggil barang Print on demand (POD)

Berapa dah dia jual?

$16.14 x 80 unit = $1291.2 = RM5722.05

Seller ni dah dapat sales sebanyak RM5700++ hanya dari jualan jam ni sahaja.

Mana supplier?

Ni suppliernya:



Harga datang USD8.49.

Mari belajar kira anggaran untung bersih hasil jualan jam ni ye

$16.14(sale) + $0 (shipping charge) -$8.49(cost item)-$0(shipping cost) – $1.61(ebay fees)-$0.77(paypal fees) = $5.27

So anggaran untung bersih adalah $5.27 x 80 unit = $421.6 x RM4.4316 =RM1868.35

Anggaran margin adalah 32.65% dari hasil jualan.

Anda boleh rujuk website supplier di sini. www.artsnow.com.

Nak subcribe supplier ni ada bayaran bulanan sebanyak USD19.95. dalam RM90 la..




Tapi sangat berbaloi-baloi. bayar bulanan RM90 shj, tapi dapat profit RM1800++ secara part time shj.

Ok lah kan?

Saya harap, anda semakin terbuka minda untuk cuba luangkan masa untuk belajar membina bisnes di ebay.

Awal-awal anda niaga di ebay memang takkan dapat untung yang lumayan. perniagaan di ebay bukan macam skim cepat kaya, anda perlu belajar macam mana nak bina Detail Seller Rating (DSR) di ebay dahulu.

Setelah anda dah ada sejarah pernah menjual di ebay, barulah ebay akan confident untuk naikkan selling limit account ebay anda, dan paypal dah tak hold duit anda di ebay.

Ada banyak cara nak belajar, anda boleh belajar sendiri dengan cara melalui blog ni sahaja. Dah ada ramai yang berjaya buat sales melalui bacaan di blog ini sahaja. Alhamdulillah. syabas saya ucapkan bagi yang terus ambil tindakan!

Boleh baca komen ikhlas sister di bawah ni.




Setelah anda berjaya menjual di ebay, apa yang anda perlu belajar adalah bagaimana nak mengelakkan akaun dari kena suspend.

Orang yang dah pernah niaga di ebay dan dah pernah merasa kena suspend je yang tau macam mana pedihnya nak bangun semula dan nak start build up akaun dari zero..

Anda boleh explore sendiri dengan cara bereksperimen sendiri, tapi serius sangat ambil masa.

Nak lagi cepat, anda cari orang yang dah berpengalaman dengan selok belok bisnes di ebay.



*Kredit: perkongsian di atas adalah ditulis oleh rakan saya, Zul Ariffin.

Jika anda berminat untuk belajar menjual di Ebay, Tuan Zul ada sediakan satu panduan lengkap untuk newbie bagaimana nak memulakan bisnes di ebay dengan hanya menggunakan dropship sahaja.


–>> Boleh klik disini untuk tempah Panduan Ebay<<–

Comments

Popular posts from this blog

Lihat Bagaimana Jualan Tudung Beliau Cecah 5 Angka Tanpa Guna Facebook!

Ok, anda mungkin selalu fikir ape nak dijual kat online, terutamanya kat Facebook kan. Kadangkala kita terikut-ikut trend terkini. Orang jual produk kesihatan di FB, kita pun nak jual produk kesihatan. Orang jual tudung, kita pun nak jual tudung. Sebenarnya tak salah untuk meniru mereka yang dah berjaya, namun ada masanya kita perlu jadi lebih kreatif untuk menjual produk yang sama di dalam pasaran. Lihat bagaimana peniaga tudung online ini berjaya hasilkan lebih 5 angka jualan, walaupun beliau tidak menjualnya di Facebook. Sebenarnya ada banyak platform selain Facebook yang anda boleh jual barang secara online. Contohnya, di Ebay. Tak kira apa barang pun yang anda letak kat ebay ni, insyaAllah akan ada yang membeli. Nak tau sebab apa? Sebabnya ebay memang tempat membeli belah di luar negara. Diorang memang telah terdidik untuk membeli secara online sahaja. Anda boleh lihat sendiri sales seorang seller ni dari Malaysia. Akaun di Ebay masih sangat-sangat baru. Tak ...

Bagaimana Lelaki Ini Berjaya Bayar Hutang Kad Kredit Lebih RM10,000 Dalam 3 Minggu!

Dalam artikel ini, saya terpanggil untuk kongsikan satu kisah rakan baik saya, yang mana beliau juga dulu adalah antara bekas student yang pernah hadir ke seminar yang saya anjurkan sekitar tahun 2012. Dan sehingga hari ini, walaupun jarang bertemu kami selalu berhubung melalui Facebook & whatsapp. Saling bertanya khabar dan perkembangan bisnes masing-masing. Baru-baru ini beliau ada kongsikan bagaimana beliau berjaya bayar hutang kad kredit lebih RM10,000 dalam tempoh 3 minggu dengan hanya bisnes di internet. Kisah ini mungkin boleh jadi iktibar dan memberikan motivasi dan jalan keluar pada orang lain. Namun begitu, artikel kali ini agak panjang sikit, kerana saya ambil direct daripada beliau. Jadi, saya harap anda boleh baca hingga habis ya. Penat kawan saya tu tulis panjang-panjang. Haha! Ceritanya macam ni…. Tahun lepas 2016 adalah tahun yang penuh suka duka dan ujian. Selepas saya berkahwin pada tahun 2015, saya berpindah menetap di rumah sendiri di P...

Anda Pasti Terkejut Bagaimana ‘Produk’ Ini Boleh Dijual Di Ebay!

Pada zaman kegawatan ekonomi dan harga barang yang sentiasa naik, ramai yang ingin mencari pendapatan tambahan. Tapi masih ramai yang masih tak tahu nak berniaga terutamanya berniaga online. Tetapi masalah peniaga online ini adalah menarik trafik ke website untuk membuat jualan. Kekangan utama peniaga online adalah menarik trafik. Jika menggunakan facebook ads memang boleh mendapatkan trafik, tetapi memakan kos yang tinggi apabila telah ramai pesaing menjual produk yang sama. “Ebay telah menyelesaikan masalah peniaga yang tak pandai membuat sales” Saya kongsikan beberapa barang yang boleh di jual di ebay ketika ekonomi gawat. Dengan modal yang rendah, anda masih boleh membuat jualan di ebay jika kena caranya. Kita mulakan dengan modal RM8. apa yang anda boleh jual? Daun Ketapang Ini adalah ebay seller dari Malaysia, sama seperti anda juga masih tinggal di Malaysia tetapi menikmati pendapatan dalam US dolar. Dia menjual daun ketapang atau dalam Bahasa Inggeris,...