Skip to main content

Lihat Bagaimana Jualan Tudung Beliau Cecah 5 Angka Tanpa Guna Facebook!



Ok, anda mungkin selalu fikir ape nak dijual kat online, terutamanya kat Facebook kan.

Kadangkala kita terikut-ikut trend terkini. Orang jual produk kesihatan di FB, kita pun nak jual produk kesihatan.

Orang jual tudung, kita pun nak jual tudung.

Sebenarnya tak salah untuk meniru mereka yang dah berjaya, namun ada masanya kita perlu jadi lebih kreatif untuk menjual produk yang sama di dalam pasaran.

Lihat bagaimana peniaga tudung online ini berjaya hasilkan lebih 5 angka jualan, walaupun beliau tidak menjualnya di Facebook.

Sebenarnya ada banyak platform selain Facebook yang anda boleh jual barang secara online. Contohnya, di Ebay. Tak kira apa barang pun yang anda letak kat ebay ni, insyaAllah akan ada yang membeli.

Nak tau sebab apa?

Sebabnya ebay memang tempat membeli belah di luar negara. Diorang memang telah terdidik untuk membeli secara online sahaja.

Anda boleh lihat sendiri sales seorang seller ni dari Malaysia.

Akaun di Ebay masih sangat-sangat baru. Tak sampai 10 bulan lagi pun. Tapi dah berjaya buat sales 5 angka. 100% hanya dari ebay.

Dia jual tudung sahaja. Hari-hari dia jual tudung.

Walaupun sales dia tak banyak. Tapi konsisten. Setiap bulan walaupun sikit, tetap ada sales.
Dan itu lebih baik daripada orang yang langsung tak buat sales kat ebay. Zero sales. Langsung takde masuk duit dalam USD.

So anda pilih mana?

Langsung takde sale ataupun at least ada sales walaupun sikit. Lagipun bukan anda yang kena jual pun. Ebay yang tolong jualkan untuk anda. πŸ˜€

Tugas anda cuma bila dapat duit tu cepat-cepatlah poskan barang ke customer. Mudah kan? hihi.
Ni akaun seller tersebut:



Nampak tak?

Daftar pada 6 april 2016. Baru 8 bulan lebih.. Tak sampai setahun pun lagi. Ni bukan cakap kosong tau. Saya tunjuk bukti. πŸ˜‰

Dia jual apa ni?

Dia jual tudung. Brand aida naim. Dalam masa 8 bulan lebih je (saya tak kira bulan dec) dah terjual 173 helai!

Bulan pertama memang lah. Baru nak belajar. 2 helai jer. Dapatlah 36usd. Tak banyak. Anda mungkin tak heran… πŸ™‚

But this is the real business. Build up the ebay account slowly.

Percayalah.

Bisnes yang cepat naik biasanya cepat jer jatuh. Tudung ni memang takde isu copyright di ebay. So ebay gerenti 99% takkan suspend akaun anda.

Nak tau supplier dia?

Sesi pembelajaran kita kali ni secara real case study. Jom kita tengok sales seller ni untuk bulan sept to nov (88 days)

Kita tengok top 3 sahaja.



    1. instant shawl calista : 14 sold, sales USD254.53 @ RM1126.03
    2. instant shawl seroja : 10 sold, sales USD190.43 @ RM842.45
    3. instant shawl lestari : 9 sold, sales USD 165.55 @ RM732.38

    Total sales adalah USD610.51 equivalent to RM2700.86.

    Ini adalah penyumbang utama kepada jualan produk seller ni. Inilah dinamakan research. Kalau research anda bagus. Research anda strong. Anda tak perlu jual barang yang sembarangan jer. Anda listing barang yg memang ada track rekod sales yang bagus sahaja.

    Kalau anda follow past sales history dan dapat faham dari data sales tu. InsyaAllah 95% saya gerenti anda punya barang pun akan terjual. So takyah lah nak listing pakai sembarangan jer. Dah tak terjual nanti kecewa.

    Belajarlah dulu buat research macam mana. Cari apa demand buyer. Barulah anda supply. Bukan cari supplier kemudian try jual. Ni bukan try and error bang. Kita nak buat sales yg try tapi kurang error. Cuma 5 significant error jer kita nak. Kan dah masuk topik matematik pulak πŸ˜€

    Ok ni adalah listing live seller ni. Dah 22 sold bukan 14 sold lagi.



    Waktu anda baca artikel ni seller ni tengah makan tengah jalan-jalan dengan anak bini. Tapi bisnes dia still berjalan dan menghasilkan USD.


    Jom kita tengok siapa supplier.

    Ni ha suppliernya:



    Nampak tak, sama kan?

    Mungkin anda ada supplier yang lebih baik. Dan dapat harga yang lebih murah. Ni case study sahaja. blog jual tudung tu pun bukan sy punya.

    Saya tunjukkan jer. Untuk anda belajar. Bagi mata dan minda anda terbuka sikit. Bagi anda nampak peluang ni πŸ™‚



    Ok kita kira kos berapa ye:

    Kos sehelai paling murah RM32 = USD 7.2

    Shipping : rm8 = usd1.8 ( guna flexipax)

    Jual : RM80.25 = usd18.14

    Ebay fees : $1.81

    Paypal fees : $0.83

    Net profit seunit : $18.14-$7.2-$1.8 -$1.81-$0.83 = $6.47 @ RM28.62

    Seller ni dah berjaya jual 22 helai kalau ikut rekod yang terkini. So, RM28.62 X 22 helai = RM629.64. ni baru 1 jenis tudung je!!!

    Dah lah takyah nak belajar menjual. Listing @ buat iklan jer kat ebay lepas tu tinggal jer.

    Ebay yang tolong carikan buyer. Dah dapat sales, tinggal pos jer. Kerja jadi lebih mudah.

    Ebay untuk orang yang tak tau nak buat sales..

    Dan juga untuk orang yang baru mula-mula nak menjinakkan diri berniaga di ebay..

    Bestkan?

    Ok. Saya dah dedahkan bogel habis. Niche saya tunjuk, supplier saya kongsikan. cara nak buat research pun saya bagitau.

    Tapi saya harap anda janganlah sailang harga seller ni. Tujuan saya share ni untuk anda belajar. Jangan pulak anda tiru sebijik sebijik macam ni. Lepas tu anda nak buat sales anda buang harga. Taknaklah macam tu.

    Jangan risau. Market ni luas bang. Anda letak harga lagi tinggi pun orang akan beli. Kalau dah rezeki tu memang anda punya. Belajarlah menjual dengan adab dan etika.

    So copy case study ni dan jual lah tudung jenis lain pulak. Tudung Neelofa ke, tudung Radiusite ke, tudung fareeda ker. Kan ada banyak tudung tuh.

    Ok, setakat tu jelah perkongsian kita kali ni. Sampai termasuk topik agama dakwah anda sekali.

    Saya mengajak ke arah perkara kebaikan. Mudah-mudahan anda praktiskan anda dapat pahala saya pun dapat pahalanya.. Aminn.


    *Kredit: perkongsian di atas adalah ditulis oleh rakan saya, Zul Ariffin.


    Jika anda berminat untuk belajar menjual di Ebay, Tuan Zul ada sediakan satu panduan lengkap untuk newbie bagaimana nak memulakan bisnes di ebay dengan hanya menggunakan dropship sahaja.



    PS/

    Jika anda seorang newbie atau bekas ebayer, ebook ni sesuai untuk anda belajar. Sebabnya ia adalah proven case study dan ianya easy friendly.


    Keduanya, teknik yang diajar adalah teknik yang simple tapi powerfull, anda boleh terus praktiskan. Cuma anda perlu sabar sikit. Akaun anda memerlukan tempoh 90 hari untuk kuat.

    Semua step apa yang patut anda buat, bagaimana nak bermula dan macam mana cara nak jual saya ada ceritakan secara terperinci dalam ebook ni.

    Pelaburan yang anda keluarkan untuk mendapatkan ilmu ini sangat berbaloi. Ilmu yang anda dapat anda boleh pakai sampai bila-bila takkan habis.

    Jika anda berminat, sila masukkan Nama & Emel anda pada ruangan di bawah, kemudian klik butang SUBSCRIBE. Saya akan berikan info lanjut bagaimana untuk anda dapatkan Ebook Panduan Ebay ini dengan harga istimewa.


    First Name:
    Email address:

    Comments

    Popular posts from this blog

    Bagaimana Lelaki Ini Berjaya Bayar Hutang Kad Kredit Lebih RM10,000 Dalam 3 Minggu!

    Dalam artikel ini, saya terpanggil untuk kongsikan satu kisah rakan baik saya, yang mana beliau juga dulu adalah antara bekas student yang pernah hadir ke seminar yang saya anjurkan sekitar tahun 2012. Dan sehingga hari ini, walaupun jarang bertemu kami selalu berhubung melalui Facebook & whatsapp. Saling bertanya khabar dan perkembangan bisnes masing-masing. Baru-baru ini beliau ada kongsikan bagaimana beliau berjaya bayar hutang kad kredit lebih RM10,000 dalam tempoh 3 minggu dengan hanya bisnes di internet. Kisah ini mungkin boleh jadi iktibar dan memberikan motivasi dan jalan keluar pada orang lain. Namun begitu, artikel kali ini agak panjang sikit, kerana saya ambil direct daripada beliau. Jadi, saya harap anda boleh baca hingga habis ya. Penat kawan saya tu tulis panjang-panjang. Haha! Ceritanya macam ni…. Tahun lepas 2016 adalah tahun yang penuh suka duka dan ujian. Selepas saya berkahwin pada tahun 2015, saya berpindah menetap di rumah sendiri di P...

    Anda Pasti Terkejut Bagaimana ‘Produk’ Ini Boleh Dijual Di Ebay!

    Pada zaman kegawatan ekonomi dan harga barang yang sentiasa naik, ramai yang ingin mencari pendapatan tambahan. Tapi masih ramai yang masih tak tahu nak berniaga terutamanya berniaga online. Tetapi masalah peniaga online ini adalah menarik trafik ke website untuk membuat jualan. Kekangan utama peniaga online adalah menarik trafik. Jika menggunakan facebook ads memang boleh mendapatkan trafik, tetapi memakan kos yang tinggi apabila telah ramai pesaing menjual produk yang sama. “Ebay telah menyelesaikan masalah peniaga yang tak pandai membuat sales” Saya kongsikan beberapa barang yang boleh di jual di ebay ketika ekonomi gawat. Dengan modal yang rendah, anda masih boleh membuat jualan di ebay jika kena caranya. Kita mulakan dengan modal RM8. apa yang anda boleh jual? Daun Ketapang Ini adalah ebay seller dari Malaysia, sama seperti anda juga masih tinggal di Malaysia tetapi menikmati pendapatan dalam US dolar. Dia menjual daun ketapang atau dalam Bahasa Inggeris,...